Award Ceremony: Persediaan dan Platform Yang Bersesuaian

award ceremony

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Award ceremony adalah perayaan bakat, kejayaan dan pencapaian. Jadi, apabila merancang acara seperti ini, ia perlu dirancang dengan baik supaya semua berjalan dengan lancar.

Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda apakah yang dimaksudkan dengan award ceremony serta tips persediaan dan platform yang bersesuaian.

Teruskan membaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut!

Apakah itu award ceremony?

Award ceremony, atau dikenali sebagai majlis anugerah, merupakan sejenis upacara atau sambutan di mana anugerah diberikan untuk menghargai pencapaian dalam bidang tertentu.

Biasanya, seorang juruacara akan umumkan pemenang anugerah, bercakap kepada penonton, menghiburkan tetamu ayng hadir, dan memastikan majlis itu berjalan dengan lancar.

Majlis anugerah bertujuan untuk menyambut kejayaan dan menghargai kerja atau usaha seseorang yang telah bersungguh-sungguh. 

Ia juga bertujuan sebagai tanda berterima kasih atas kerja baik setiap orang, dan menyedarkan orang ramai bahawa kerja dan usaha yang bersungguh-sungguh akan mendapat ganjaran.

Tips persediaan dan platform untuk award ceremony 

award ceremony

  • Tujuan majlis 

Persediaan pertama yang sangat penting bagi award ceremony adalah mengenalpasti tujuan majlis tersebut diadakan, sama ada untuk meraikan seorang individu, atau ramai orang.

Menentukan tujuan majlis ini diadakan akan membantu anda merancang lokasi dan bagaimana majlis ini akan dijalankan, serta tetamu yang akan menghadirinya.

  • Tentukan bajet

Seperti mana-mana acara yang lain, merancang award ceremony berdasarkan bajet anda adalah sangat penting bagi mengelakkan pembaziran duit.

Tentukan jumlah yang anda boleh belanjakan pada majlis tersebut terlebih dahulu, dan berapa banyak keuntungan yang anda ingin perolehi jika ada. 

Ini akan membolehkan anda untuk menetapkan harga tiket dengan sewajarnya, serta mengetepikan bajet yang akan dibelanjakan untuk lokasi, hiasan dan hiburan.

Biasanya, bajet anda perlu meliputi makanan, hiburan, juruacara, pengiklanan, hiasan, bahagian logistik majlis, tetamu jemputan istimewa dan lokasi yang disewakan.

  • Tentukan tetamu majlis

tentukan tetamu majlis

Persediaan seterusnya adalah menentukan siapa yang anda ingin menjemput ke award ceremony anda. Contohnya seperti rakan sebaya, keluarga dan pakar industri yang dihormati.

Menjemput tetamu yang relevan adalah penting bagi menentukan suasana majlis anda. Jadi, pastikan anda pilih senarai tetamu anda dengan betul.

Memilih tetamu jemputan juga sangat penting bagi memastikan anda tidak berbelanja melebihi bajet anda. 

Jika anda menjemput artis atau tetamu yang berprofil tinggi ke majlis anda, kemungkinan besar anda perlu membayar mereka berdasarkan tempoh masa mereka menghadiri majlis tersebut.

  • Pilih panel pengadil dengan betul

Jika anda menganjurkan majlis anugerah tahunan, anda perlu merekrut beberapa pengadil yang layak untuk memutuskan siapa yang akan memenangi anugerah tertentu. 

Pengadil yang dipilih perlu membuat keputusan yang munasabah dan tidak berat sebelah. Sistem pengundian juga boleh dilakukan  jika panel pengadil tidak dapat membuat keputusan yang sama.

Jika keputusan yang dibuat adalah secara tidak adil, nilai anugerah itu akan berkurangan dan akan mencemarkan reputasi award ceremony anda.

  • Koordinasi kakitangan majlis

Kakitangan majlis merupakan tulang belakang dan aset terpenting bagi majlis anda. Ini kerana mereka yang membantu menyiapkan majlis supaya ia berjalan dengan lancar.

Pastikan kakitangan majlis anda diberi jadual kerja yang disusun dengan teliti bagi memastikan mereka dapat menjalankan kerja dengan baik dan selaras.

Pengagihan tugas yang tidak efisien dan jadual yang tidak selaras akan menyebabkan kekeliruan di kalangan kakitangan serta menjejaskan majlis anda.

Baja Juga:

Looking For The Best Event Organizers In Malaysia?

  • Platform award ceremony

award ceremony

Majlis secara maya telah menjadi trend baharu dalam kalangan penganjur acara. Ini kerana mengadakan majlis online dapat mendedahkannya kepada khalayak baharu di peringkat global.

Ia juga tidak memerlukan dewan atau ruang yang besar, makanan, lighting dan sebagainya. Ini dapat membantu anda menjimatkan banyak kos perbelanjaan.

Jika anda ingin mengadakan award ceremony secara online, anda perlu memilih platform dengan baik.

Memilih platform yang sesuai untuk majlis anugerah online anda boleh menjadi sedikit rumit kerana terdapat banyak platform di luar sana, dan setiap platform mempunyai ciri-ciri berbeza.

Pilih platform yang mesra peranti kerana tidak semua daripada penonton dan tetamu anda akan mempunyai akses kepada PC atau komputer riba. 

Oleh itu, pilih platform yang boleh berfungsi dengan peranti mudah alih seperti telefon pintar serta boleh berfungsi dalam sambungan internet yang rendah.

Jika perkara seperti gangguan internet dan masalah teknikal berlaku ketika majlis sedang berlangsung, ia boleh menjejaskan keseluruhan majlis dan pengalaman tetamu anda. 

Perkara lain yang perlu dipertimbangkan juga ialah ciri-ciri yang ditawarkan oleh platform yang dipilih supaya award ceremony anda akan lebih interaktif dan tidak membosankan. 

Contoh ciri-ciri platform yang bagus untuk award ceremony adalah seperti kotak sembang, kuiz, survey, modul Soal Jawab, gamifikasi, dinding sosial, aset maya interaktif dan sebagainya.

Kesimpulannya, terdapat banyak tips dan langkah yang anda boleh ikuti untuk memastikan award ceremony yang dianjurkan berjalan dengan lancar dan berjaya.

Jika anda ingin menganjurkan award ceremony dan sedang mencari event management yang profesional, EXS Event merupakan pilihan yang terbaik untuk anda!

EXS Events ialah agensi produksi acara langsung, khususnya dalam acara korporat. 

award ceremony

Sama ada majlis anugerah yang bergemerlapan, persidangan motivasi, pelancaran produk yang menawan hati, atau bola amal yang memberi inspirasi, kami menyampaikan acara dengan penuh semangat, kreativiti dan kepakaran.

Secara ringkasnya, EXS Events menawarkan acara tanpa kompromi dan dijamin mengagumkan.

Beberapa perkhidmatan terkemuka yang disediakan termasuk:

  • Reka Bentuk Motion
  • Reka Bentuk Pentas
  • Perkhidmatan Sewa Peralatan
  • Reka Bentuk Pencahayaan

Berminat untuk menganjurkan acara yang sangat bermakna dengan EXS Events? 

Layari laman web kami di sini!

baca lagi artikel lain

Corporate events
Uncategorized

Corporate Events: Guide 101 You Should Know

Important commercial and consumer relationships can be developed through corporate events. Knowing your goals, your target audience, and your available resources can help you begin