Virtual Event Malaysia: Info Ringkas Mengenainya

VIRTUAL EVENT

Share This Post

Share on facebook
Share on linkedin
Share on twitter
Share on email

Virtual event atau juga dikenali sebagai acara maya ialah acara yang dijalankan atas talian yang melibatkan orang berinteraksi secara maya di web. 

Acara maya atau virtual event Malaysia mula mendapat sambutan dan telah menjadi norma bagi ramai pihak sejak negara ini dilanda pandemik virus covid-19 pada March 2020. 

Demi mencegah dan memutuskan rantaian covid-19, pihak kerajaan telah melarang majlis atau perjumpaan sosial dengan Perintah Kawalan Pergerakan. 

Lantas, ramai pihak yang harus menunda atau lebih teruk, terpaksa membatalkan majlis keramaian yang telah diatur. 

Namun, dengan perkembangan teknologi dan norma baharu, ramai pihak dan syarikat telah mula menjalankan acara maya sebagai ganti. 

Rupanya ramai sahaja daripada kita yang lebih menyukai acara maya kerana kemudahan dan manfaatnya. 

Nak tahu lebih lanjut tentang virtual event Malaysia? Teruskan membaca untuk ketahui manfaat dan keperluan yang harus dititikberatkan tentang hal ini. 

Kategori Acara Maya 

Terdapat pelbagai jenis acara Maya yang sedia ada. Antaranya ialah: 

  • Virtual Conference
  • Webinar
  • Online Training
  • Virtual Meetup
  • Ask Me Anything (AMA)
  • Online Concert

 

Tahukah anda? Walaupun aktiviti fizikal merupakan pilihan utama kerana mempunyai lebih ruang untuk ‘bonding’ tetapi ramai sahaja peserta yang lebih menggemari acara maya. 

Bukan itu sahaja, banyak juga penganjur yang juga lebih menggemari acara atas talian ini kerana kelebihan dan manfaat yang ia tawarkan. 

Kelebihan Menjalankan Virtual Event

  1.  Mengurangkan perbelanjaan

 

Tidak dapat dinafikan menjalankan apa-apa jenis acara pun sudah tentu melibatkan kos, lebih-lebih lagi sekiranya anda mahu membuat acara yang berskala besar. Bersiap sedia untuk mengeluarkan perbelanjaan. 

Kos transportasi, makanan, tempat acara, dekorasi dan pelbagai lagi boleh mencapai hingga pulahan ribu ringgit. 

Tetapi dengan acara maya anda mampu mengurangkan kos perbelanjaan kerana kebiasaannya virtual event banyak menggunakan aplikasi atas talian. 

  1. Tingkatkan nilai dan kualiti acara

 

Adakah kualiti virtual event lebih rendah daripada physical event? Sudah tentu tidak! 

Malah, boleh dikatakan lebih baik kerana tetamu akan lebih fokus pada speaker dan acara pada skrin komputer mereka. 

Penganjur juga tidak perlu risau tentang keadaan sekeliling yang mampu mengalih perhatian tetamu kerana mempunyai keupayaan untuk mengawal kamera yang menjadi mata-mata tetamu. 

  1.  Mencipta FOMO Effect (Fear Of Missing Out) 

 

FOMO atau Fear of Missing Out adalah satu istilah yang diguna pakai dalam dunia psikologi untuk menggambarkan seseorang memiliki perasaan gelisah ketika tertinggal satu acara yang seronok atau ketinggalan trend. 

Acara maya yang di market kan dengan bagus dapat memberikan efek ini kepada bakal tetamu. 

Lebih-lebih lagi sekiranya acara tersebut menjanjikan hadiah, persembahan atau speaker yang menarik. 

Tambah lagi dengan mengehadkan kuota peserta dan tiket, sudah tentu ramai yang akan berpusu-pusu membeli tiket. 

  1. Lebih Fleksibel

Sebab utama mengapa ramai tetamu amat mengemari acara maya ada kerana ianya lebih fleksibel. 

Tetamu tidak perlu bersiap, mengatur perjalanan ke lokasi dan mempunyai lebih ruang dan masa untuk menyelesai perkara lain. 

Faktor-faktor Virtual Event Yang Berjaya 

Mengambil langkah untuk beralih dari acara fizikal ke acara maya sememangnya menjadi solusi yang tepat bagi ramai penganjur. 

Tambahan pula masa pandemik yang mengehadkan pergerakan kita semua. 

Acara maya dianggap lebih menjimatkan kerana tidak memerlukan sewa dewan, logistik dan sebagainya. 

Namun, penganjur juga harus mengambil kira kos yang diperlukan untuk menjayakan acara maya seperti peralatan teknologi, kamera ataupun tripod. 

Terdapat pelbagai aspek yang harus dititikberatkan dalam acara maya. Seperti: 

  •  Tujuan & Matlamat Acara
  •  Perancangan Awal 
  •  Perancang Bajet
  •  Rancangan Acara 
  •  Pasukan Penganjur
  •  Penajaan 
  •  Pelan Pemasaran 

 

Bagi mereka yang tidak kerap menjalankan acara maya, sudah pasti senarai ini akan jadi membebankan. 

  • Dimanakah hendak mendapatkan crew lighting? 
  • Masih perlu berikan doorgift buat peserta? 
  • Berapa bajet yang sesuai untuk acara berskala besar? 
  • Bagaimana hendak pasaran acara ini kepada pelanggan?
  • Bagaimana hendak dapatkan penajaan? 

 

Senarai ini boleh jadi sangat panjang dan membuatkan anda tidak tidur malam! Tambah dengan perasaan gelisah yang datang apabila mendekati tarikh dan masa majlis akan berlangsung. 

Usah risau, kerana anda boleh mendapatkan khidmat EXS Events untuk menyelesaikan semua masalah tentang virtual event anda. 

EXS Events adalah antara agensi terbaik di Malaysia dalam menganjurkan acara maya. 

Mereka tidak berkompromi dalam memastikan servis yang tiptop dan pasti mengagumkan bukan sahaja pihak pengunjung tetapi anda juga!

Daripada proses ideation awal hinggalah ketika berlangsungnya acara, pasukan EXS Events memastikan klien terlibat sama dalam setiap proses.

Malah, mereka juga memberikan klien kebebasan untuk menetap hal-hal penting demi mencapai objektif dan tujuan acara maya tersebut. 

Mempunyai pasukan yang berkualiti dan berpengalaman dalam menjalankan acara maya, EXS Events mempunyai pelbagai klien yang terdiri daripada sektor kerajaan dan sektor swasta. 

Malah, mereka juga telah menerima pelbagai maklum balas yang baik kerana menjalankan acara dengan penuh kreativiti dan kepakaran. 

Antara servis yang EXS Events tawarkan adalah: 

  • Reka Bentuk Motion
  • Reka Bentuk Pentas
  • Perkhidmatan Sewa Peralatan
  • Reka Bentuk Pencahayaan

 

Sekiranya anda sedang mencari pasukan yang boleh membantu anda menjayakan acara maya anda, usah cari lagi! 

Klik disini untuk layari website EXS Events untuk ketahui lebih lanjut tentang servis yang mereka tawarkan.

 

Hubungi EXS Events Sekarang 

baca lagi artikel lain

Corporate events
Uncategorized

Corporate Events: Guide 101 You Should Know

Important commercial and consumer relationships can be developed through corporate events. Knowing your goals, your target audience, and your available resources can help you begin